Tuesday, November 24, 2009

Amanat Ustaz Fadzil Mohd Noor (Bekas Presiden PAS)

Jamaah kita terdiri dari pelbagai golongan yang berbeza latarbelakang sosio-ekonomi dan pendidikan. Kita bukan sebuah gerakan elit dan kepimpinan kita bukan dikuasai oleh golongan tertentu. Kita semua mempunyai kewajipan dan peranan yang sama dalam perjuangan. Tidak ada perbezaan di antara seorang ahli PAS peniaga pasar malam dengan seorang profesor, atau di antara seorang ahli profesional dengan seorang nelayan dalam memberi sumbangan kepada perjuangan. Hakikat ini perlu diakui oleh semua kerana ini adalah dasar dan amalan kita. Dasar ini mungkin terjejas jika para ahli gagal melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai Islam. Oleh itu, setiap ahli hendaklah memahami dasar dan matlamat perjuangan kita. Usaha-usaha hendaklah dilakukan bagi meningkatkan perjuangan dan iltizam serta istiqamah.

Setiap kali muktamar, kita sentiasa menyentuh program tarbiyyah, satu program yang saya yakin sangat penting. Kemantapan dan kekuatan perjuangan kitabergantung kepada tahap kefahaman ahli mengenai perjuangan Islam. Kefahaman dan iltizam ahli tidak mungkin dicetuskankecuali melalui tarbiyyah yang berterusan dan sistematis. Gerakan kita adalah satu gerakan yang unik dan mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Kita bukan parti politik semata-mata dan bukan gerakan dakwah semata-mata. Kita sebuah gerakan yang bersepadu; kita berpolitik dan juga berdakwah. Kita menggunakan politik untuk sasaran dakwah dan kita berdakwah untuk memantapkan gerakan siyasah. Pendekatan inilah yang kita fahami daripada perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya r.a. Kesemuanya ini perlu difahami dan dihayati oleh ahli PAS. Tugas kita berat. Oleh itu, para ahli perlu melalui proses tarbiyyah yang akan melayakkan kita memikul tanggungjawab dengan sepenuhnya.

PAS sebagai parti dan jamaah mengamalkan dan memperjuangkan nilai yang berteraskan prinsip Islam hendaklah mengisi program kebajikan yang boleh dilaksanakan untuk kepentingan masyarakat. Melalui program tersebut, kita boleh memasyarakatkan PAS dan dengan itu berkesempatan untuk membina keyakinan rakyat terhadap PAS dengan memberikan khidmat sosial kepada masyarakat tanpa mengharap balasan. Selain politik, kegiatan kebajikan ini akan kita jadikan sebagai kegiatan asas kita. Sungguhpun sebahagian kegiatan asas ini telah kita laksanakan, tetapi ia belum diselaraskan dan belum mengisi gagasan program menyeluruh. Kita akan menggunakan pelbagai bakat dan kebolehan ahli kita untuk menggerakkan program ini.

Perjuangan PAS dalam konteks meruntuhkan tembok kekeliruan yang memenjarakan umat ini adalah agenda besar yang memerlukan langkah dan tindakan bersepadu dari semua pendukung PAS. Ia mesti bertindak sebagai "prime mover" (penggerak utama) yang memikul amanah sebagai pemimpin ummah yang mengepalai jihad menyelamatkan ummah dari kegelapan kepada cahaya terang. Untuk menyempurnakan amanah ini, para pendukung PAS semestinya memiliki ilmu, disiplin, daya juang dan iltizam yang kuat. Ia mesti memastikan mereka yang mendukung perjuangan ini berada dalam saf yang seutuhnya, hubungan yang seeratnya antara pimpinan dan pendukung, hingga tidak ada ruang yang boleh dicerobohi oleh elemen musuh. PAS mesti dilihat sebagai organisasi Islam terbesar di rantau ini yang bersifat 'alami di segi cita-cita dan pandangannya sesuai dengan sifat Islam yang universal. Sementara asas perjuangannya yang berakartunjangkan aqidah tidak boleh dikompromikan di sebarang waktu dan keadaan.

Pendukung PAS mesti mendedahkan kepada masyarakat segala kedurjanaan sistem sekular iaitu produk pelbagai ideologi manusia yang telah runtuh satu demi satu. Dengan itu, perjuangan yang di bawa oleh PAS ialah untuk menyelamatkan mereka, bukan menyusahkan mereka, bukan menjadikan mereka miskin dan ketinggalan, bukan menolak mata benda, tetapi menggunakannya sebaik mungkin.

Dengan komitmen dan istiqamah kita, maka dengan izin Allah s.w.t. perjuangan kita akan berjaya dengan keredhaan Allah s.w.t.

30 Mei 1997

Saturday, November 7, 2009

Pesanan akhir (dari Syed Qutb)

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan...........
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar........

(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid)

10 Wasiat Al-Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itutidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Bacalah - Renungilah - Kemudian Terus Beramal

Friday, October 30, 2009

Info Terkini

HI - TEA Bersama HAJI MOHAMAD SABU pada 4.11.09 Rabu - 5.30 ptg di INDERA MAHKOTA 2 (Pusat Perniagaan Depan Surau). Semua dijemput hadir.

Tuesday, October 13, 2009

Info Terkini

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PAS Cawangan Indera Mahkota 2 akan diadakan pada hari Ahad 18 Oktober 2009 mulai jam 2.00 - 4.00 petang bertempat di lot parking hadapan kedai Indera Mahkota 2 (bersebelahan Surau Al Makmur). Semua rakyat dijemput hadir.

Wednesday, October 7, 2009

Info Terkini

Kuliah oleh Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man pada 12 Oktober 2009 jam 9:30 malam di Dewan Putra, Balok. Semua dijemput hadir.

Tuesday, September 15, 2009

Info Terkini

Sesiapa yang ingin menyertai aqiqah sempena Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PAS Kawasan Indera Mahkota 2009, sila hubungi 1) Ibrahim - 0148163903, 2) Razif - 019-9866975, 3) Shafie - 019-9208030. Satu bahagian - RM300. Tarikh tutup - 1/10/2009. Sumbangan wang ringgit dan bahan mentah juga dialu-alukan - Drpd YDP PAS Kawasan.

Saturday, September 12, 2009

Info Terkini

Majlis Berbuka Puasa PAS Kawasan Indera Mahkota bersama Dewan Pemuda PAS Pusat pada 13 September 2009, Ahad di Putra. Semua dijemput hadir.

Wednesday, September 9, 2009

Info Terkini

Saudara Bakri Sidek dari Cawangan Balok Makmur telah kembali ke rahmatullah - Al-Fatihah

Sunday, September 6, 2009

Info Terkini

Ijtimak Tarbawi PAS Kawasan Siri 5
Tarikh: 10 September 2009
Hari: Khamis
Masa: Selepas Isyak dan Tarawih berjamaah
Tempat: Putra
Penceramah: YB Ustaz Wan Hassan - ADUN Sura
Peserta: Semua AJK dan ahli
Anjuran: Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan

Monday, July 20, 2009

Info Terkini

Liqa Nuqaba' PAS Pahang (Zon Timur)
Tarikh: 26 Julai 2009
Hari: Ahad
Masa:
8.00 pagi - Pendaftaran
9.00 pagi - Program bermula
Tempat: Darussalam, Permatang Badak, Kuantan
Peserta: Semua AJK Kawasan
Anjuran: Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pahang

Ijtima' Tarbawi PAS Kawasan Kali Ke 3
Tarikh: 23 Julai 2009
Hari: Khamis
Masa:
8.30 malam - Solah Fardhu Isyak & Hajat dipimpin oleh KUU
9.00 malam - Pembentangan Modul bertajuk: Rukun Bai'ah ke 4 - Jihad
10.30 malam - Bersurai
Tempat: Putra, Balok
Peserta:
Semua AJK Kawasan, DPP, DMP, AJK Cawangan dan ahli-ahli.
Anjuran:
Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Kawasan Indera Mahkota

Taklimat
Penceramah: Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Naib Presiden PAS)
Tarikh: 1 Julai 2009
Masa: 9:30 malam
Tempat: Dewan Putra
Peserta: Semua AJK Cawangan